Sunday, February 8, 2009

Aku manusia biasa....

Aku manusia biasa….

Yang menyaksikan kekalutan dan keghairahan sesama manusia….

Entah sampai bila semua akan berakhir….

Kuasa…Harta….juga Kepentingan…

.

Mungkin….

Semua akan berpenghujung…

Tapi bilakah saat itu tiba…

Sedangkan aku sendiri juga manusia…

Adakah aku sedar???


Ingin rasa aku laungkan..

Ingin rasa aku saksikan….

Kemengan yang hakiki dari tangan –tangan manusia…

Yang lahir dari pemimpin adil….


Yang bukan kosong tanpa erti….

Yang bukan penuh tapi tak berisi…

Hanyalah keadilan hakiki….

Bukan tipu daya yang menyakiti….

.

Bagunla teman serta taulan…

Fikirlah dan majula kehadapan…

Sejarah telah membuktikan kita bukan lemah….

Marila bersama mengulangi sejarah…

Berjuang mempertahankan keadilan.

.

Senjata kita telah tersedia…

Mari bersama acukan pena…

Bedillah dengan tulisanmu….

Moga kejayaan milik semua…..

Friday, February 6, 2009

MAHUKAN KEZALIMAN & HAK ANDA DI NODA..?!..SOKONGLAH UMNO!!!

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang...

ALLAH says in one of the Quranic verses :

<: those who if WE strengthen them in the land, establish prayer, and pay the alms, and enjoin right and forbid evil, and to ALLAH belongs the outcome of all affairs :>

<: orang orang yang KAMI teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan sembayang, menunaikan zakat, menyuruh membuat yang ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar dan kepada ALLAH lah kembali segala urusan :>

( V : al-Hajj : 41 )
Assalamualaikum W.B.H...
Moga limpah rahmat serta keampunan ALLAH sentiasa memayungi tiap langkah dan hembusan nafas kita semua selaku hamba yang kerdil lagi lemah...Di atas keizinanNYA pada tika dan saat ini kita masih lagi mampu melihat juga merasa kebesaran nikmat ALLAH yang tidak ternilai dan tidak terkira dek ceteknya akal...adakah kita masih mahu mendabik dada serta angkuh dengan kehebatan diri sendiri...?!

SEDARLAH WAHAI INSAN!!!

Tatkala seantero dunia mutakhir ini gempar dengan peristiwa berdarah di Palestin yang meragut ribuan nyawa, anak kecil meraung, ibu ibu menjerit meminta bantuan dan kaum adam tanpa mengira usia keluar berjuang mempertahankan kesucian agama ALLAH, namun masih ada hati yang keras membatu merelakan matanya dengan hanya melihat, membisu seribu bahasa, tangan kekal memeluk tubuh dan naluri kemanusiaannya redha dengan kezaliman yahudi dan sekutunya...masihkah layak mereka ini digelar manusia sedangkan binatang buas juga memiliki naluri belas kasihan dan bencikan kezaliman...FIKIRKAN...

MALAYSIA YANG KU RINDUI DAN SAYANGI...

31 august 1957 menyaksikan senyuman terukir pada setiap wajah malaysia yang dihadiahkan dengan kemerdekaan. Laungan merdeka memecah suasana juga sebagai penawar setelah berkorban darah serta segalanya. Namun detik laungan kemerdekaan ini adakah masih panas dipertahankan orang generasi muda hari ini yang hanya mahu duduk sambil melihat suasana tragis tatkala status merdeka milik negara kita dirobek dan terhakis...


Entri kali ini bukan hanya untuk mengingatkan kita semua tentang kemerdekaan tetapi meluahkan rasa kegusaran melihat telatah dan suasana politik malaysia mutakhir ini. Walaupun hanya dapat mengikuti secara maya namun saya yakin dan percaya rakyat malaysia yang berada di perantauan terdiri dari pekerja mahupun mahasiswa tidak akan terlepas untuk merasai gelombang politik tanah air tercinta...


Bermula dari perubahan aliran pemikiran rakyat malaysia yang mahukan perubahan sistem negara yang telah diterjemah pada mac 2008 pada pilihanraya lalu, jelas terpancar kebangkitan suara rakyat yang menyeluruh. Gelombang ini masih terasa dengan isu dan fenomena politik yang sangat rumit untuk difikirkan. Namun apa yang jelas rakyat mahupun tampuk kepimpinan negara yang telah diterajui oleh UMNO- BN yang menjejah 50 tahun jatuh malah sudah tidak relevan berikutan kebobrokkan sistem kepimpinan yang hanya berputar dikalangan orang tertentu mengikut kepentingan masing masing. Harta benda dan kekayaaan, jawatan dan kekuasaan menjadi fokus utama pihak kerajaan. Hasilnya kebajikan rakyat terabai dan rakyat menjadi mangsa kezaliman pemimpin UMNO-BN secara sedar ataupun tidak. Kebajikan rakyat pun tidak diendahkan apatah lagi untuk melunaskan amanah sebagai pemimpin rakyat yang bakal ditanya oleh ALLAH S.W.T di akhirat kelak..!. Ingatlah bahawa setiap amanah akan ditanya dan dipersoalkan diakhirat nanti.


Terbaru, sebuah rampasan kuasa telah berlaku hasil taktik kotor dan dayus oleh pihak UMNO-BN di negeri Perak Darul Ridzuan. Pelbagai perancangan juga konspirasi untuk memburukkan serta menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang diterajui oleh Dato Seri Ir Nizar telah dilakukan. Budaya rasuah, ugut mengugut sudah sebati dalam UMNO-BN, ditambah pula dengan media yang hanya menyebelahi puak puak UMNO-BN, menyalurkan maklumat palsu untuk mengaburi mata rakyat, tidak terlepas pembaca berita yang rela menjadikan suara mereka sebagai pengantara kepada agen kezaliman.


Jika kamu merasakan tipu muslihat yang telah dirancang dengan teliti ini mampu untuk merobek sebuah kerajaan walaupun dengan cara yang tidak bermaruah, mungkin kamu terlupa bahawa perancangan dan taktik ALLAH S.W.T lebih hebat dan tidak ada mana mana kuasa pun yang mampu berdepan dengan perancangan ALLAH apatah lagi untuk mengatasiNYA.


Ayuh kita fikirkan secara telus, adakah layak puak UMNO-BN dikatakan pembela bangsa dan negara??? adakah layak parti ini digelar pejuang bangsa apabila dengan mudah dan murah merobek maruah sendiri???adakah mereka ini masih digolongkan dalam parti yang bermaruah dan berprinsip???...


Kesempatan ini sekalung tahniah dan setinggi penghargaan untuk MB Perak YAB Dato Seri Ir Nizar kerana telah mengemudi bahtera dengan cemerlang. Segala cabaran, mehnah dan tribulasi telah di tempuhi dengan kecekalan dan kekuatan hati yang berpaksikan al-Quran dan al-Sunnah. Kepimpinan sekitar 11 bulan ini telah menyaksikan perubahan dan kepimpinan yang adil tanpa sedikitpun mengenepikan hukum dan batas syariat ALLAH S.W.T. Ini sekaligus membuka mata rakyat negeri Perak khususnya dan rakyat malaysia amnya bahawa sistem pemerintahan kerajaan sebelum ini adalah korup dan zalim.


Andai landasan perjuangan ini kekal dalam orbit DEEN al ISLAM, yakinlah pertolongan dan rahmat ALLAH pasti memayungi setiap langkah dan perjalanan...


Andai ISLAM tidak dominan dalam sebuah organisasi dan kepimpinan, maka tunggulah saat kemusnahan...


Ya ALLAH...

Limpahkanlah rahmat dan hidayahMU untuk negara kami tercinta MALAYSIA juga untuk negara negara ISLAM di atas muka bumi MU ini...