Sunday, February 8, 2009

Aku manusia biasa....

Aku manusia biasa….

Yang menyaksikan kekalutan dan keghairahan sesama manusia….

Entah sampai bila semua akan berakhir….

Kuasa…Harta….juga Kepentingan…

.

Mungkin….

Semua akan berpenghujung…

Tapi bilakah saat itu tiba…

Sedangkan aku sendiri juga manusia…

Adakah aku sedar???


Ingin rasa aku laungkan..

Ingin rasa aku saksikan….

Kemengan yang hakiki dari tangan –tangan manusia…

Yang lahir dari pemimpin adil….


Yang bukan kosong tanpa erti….

Yang bukan penuh tapi tak berisi…

Hanyalah keadilan hakiki….

Bukan tipu daya yang menyakiti….

.

Bagunla teman serta taulan…

Fikirlah dan majula kehadapan…

Sejarah telah membuktikan kita bukan lemah….

Marila bersama mengulangi sejarah…

Berjuang mempertahankan keadilan.

.

Senjata kita telah tersedia…

Mari bersama acukan pena…

Bedillah dengan tulisanmu….

Moga kejayaan milik semua…..

Friday, February 6, 2009

MAHUKAN KEZALIMAN & HAK ANDA DI NODA..?!..SOKONGLAH UMNO!!!

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang...

ALLAH says in one of the Quranic verses :

<: those who if WE strengthen them in the land, establish prayer, and pay the alms, and enjoin right and forbid evil, and to ALLAH belongs the outcome of all affairs :>

<: orang orang yang KAMI teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan sembayang, menunaikan zakat, menyuruh membuat yang ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar dan kepada ALLAH lah kembali segala urusan :>

( V : al-Hajj : 41 )
Assalamualaikum W.B.H...
Moga limpah rahmat serta keampunan ALLAH sentiasa memayungi tiap langkah dan hembusan nafas kita semua selaku hamba yang kerdil lagi lemah...Di atas keizinanNYA pada tika dan saat ini kita masih lagi mampu melihat juga merasa kebesaran nikmat ALLAH yang tidak ternilai dan tidak terkira dek ceteknya akal...adakah kita masih mahu mendabik dada serta angkuh dengan kehebatan diri sendiri...?!

SEDARLAH WAHAI INSAN!!!

Tatkala seantero dunia mutakhir ini gempar dengan peristiwa berdarah di Palestin yang meragut ribuan nyawa, anak kecil meraung, ibu ibu menjerit meminta bantuan dan kaum adam tanpa mengira usia keluar berjuang mempertahankan kesucian agama ALLAH, namun masih ada hati yang keras membatu merelakan matanya dengan hanya melihat, membisu seribu bahasa, tangan kekal memeluk tubuh dan naluri kemanusiaannya redha dengan kezaliman yahudi dan sekutunya...masihkah layak mereka ini digelar manusia sedangkan binatang buas juga memiliki naluri belas kasihan dan bencikan kezaliman...FIKIRKAN...

MALAYSIA YANG KU RINDUI DAN SAYANGI...

31 august 1957 menyaksikan senyuman terukir pada setiap wajah malaysia yang dihadiahkan dengan kemerdekaan. Laungan merdeka memecah suasana juga sebagai penawar setelah berkorban darah serta segalanya. Namun detik laungan kemerdekaan ini adakah masih panas dipertahankan orang generasi muda hari ini yang hanya mahu duduk sambil melihat suasana tragis tatkala status merdeka milik negara kita dirobek dan terhakis...


Entri kali ini bukan hanya untuk mengingatkan kita semua tentang kemerdekaan tetapi meluahkan rasa kegusaran melihat telatah dan suasana politik malaysia mutakhir ini. Walaupun hanya dapat mengikuti secara maya namun saya yakin dan percaya rakyat malaysia yang berada di perantauan terdiri dari pekerja mahupun mahasiswa tidak akan terlepas untuk merasai gelombang politik tanah air tercinta...


Bermula dari perubahan aliran pemikiran rakyat malaysia yang mahukan perubahan sistem negara yang telah diterjemah pada mac 2008 pada pilihanraya lalu, jelas terpancar kebangkitan suara rakyat yang menyeluruh. Gelombang ini masih terasa dengan isu dan fenomena politik yang sangat rumit untuk difikirkan. Namun apa yang jelas rakyat mahupun tampuk kepimpinan negara yang telah diterajui oleh UMNO- BN yang menjejah 50 tahun jatuh malah sudah tidak relevan berikutan kebobrokkan sistem kepimpinan yang hanya berputar dikalangan orang tertentu mengikut kepentingan masing masing. Harta benda dan kekayaaan, jawatan dan kekuasaan menjadi fokus utama pihak kerajaan. Hasilnya kebajikan rakyat terabai dan rakyat menjadi mangsa kezaliman pemimpin UMNO-BN secara sedar ataupun tidak. Kebajikan rakyat pun tidak diendahkan apatah lagi untuk melunaskan amanah sebagai pemimpin rakyat yang bakal ditanya oleh ALLAH S.W.T di akhirat kelak..!. Ingatlah bahawa setiap amanah akan ditanya dan dipersoalkan diakhirat nanti.


Terbaru, sebuah rampasan kuasa telah berlaku hasil taktik kotor dan dayus oleh pihak UMNO-BN di negeri Perak Darul Ridzuan. Pelbagai perancangan juga konspirasi untuk memburukkan serta menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang diterajui oleh Dato Seri Ir Nizar telah dilakukan. Budaya rasuah, ugut mengugut sudah sebati dalam UMNO-BN, ditambah pula dengan media yang hanya menyebelahi puak puak UMNO-BN, menyalurkan maklumat palsu untuk mengaburi mata rakyat, tidak terlepas pembaca berita yang rela menjadikan suara mereka sebagai pengantara kepada agen kezaliman.


Jika kamu merasakan tipu muslihat yang telah dirancang dengan teliti ini mampu untuk merobek sebuah kerajaan walaupun dengan cara yang tidak bermaruah, mungkin kamu terlupa bahawa perancangan dan taktik ALLAH S.W.T lebih hebat dan tidak ada mana mana kuasa pun yang mampu berdepan dengan perancangan ALLAH apatah lagi untuk mengatasiNYA.


Ayuh kita fikirkan secara telus, adakah layak puak UMNO-BN dikatakan pembela bangsa dan negara??? adakah layak parti ini digelar pejuang bangsa apabila dengan mudah dan murah merobek maruah sendiri???adakah mereka ini masih digolongkan dalam parti yang bermaruah dan berprinsip???...


Kesempatan ini sekalung tahniah dan setinggi penghargaan untuk MB Perak YAB Dato Seri Ir Nizar kerana telah mengemudi bahtera dengan cemerlang. Segala cabaran, mehnah dan tribulasi telah di tempuhi dengan kecekalan dan kekuatan hati yang berpaksikan al-Quran dan al-Sunnah. Kepimpinan sekitar 11 bulan ini telah menyaksikan perubahan dan kepimpinan yang adil tanpa sedikitpun mengenepikan hukum dan batas syariat ALLAH S.W.T. Ini sekaligus membuka mata rakyat negeri Perak khususnya dan rakyat malaysia amnya bahawa sistem pemerintahan kerajaan sebelum ini adalah korup dan zalim.


Andai landasan perjuangan ini kekal dalam orbit DEEN al ISLAM, yakinlah pertolongan dan rahmat ALLAH pasti memayungi setiap langkah dan perjalanan...


Andai ISLAM tidak dominan dalam sebuah organisasi dan kepimpinan, maka tunggulah saat kemusnahan...


Ya ALLAH...

Limpahkanlah rahmat dan hidayahMU untuk negara kami tercinta MALAYSIA juga untuk negara negara ISLAM di atas muka bumi MU ini...


Friday, January 30, 2009

Sharing...

DON'T TAKE PANADOL AND PANADOL ACTI FAST AND PANADOL SOLUBLE (ESP. PPL HAVE GASTRIC).
FYI... One real story from a guy...

My husband was working in a hospital as an IT engineer, as the hospital is planning to set up a database of its patient. And he knows some of the doctor quite well. The doctors used to tell him that whenever they have a headache, they are not willing to take PANADOL (PARACETMOL). In fact,they will turn to Chinese Herbal Medicine or find other alternatives.

This is because Panadol is toxic to the body, and it harms the liver. According to the doctor, Panadol will reside in the body for at least 5 years. And according to the doctor, there used to be an incident where an air stewardess consumes a lot of panadol during her menstrual as she needs to stand all the time. She's now in her early 30's, and she needs to wash her kidney (DIALYSIS) every month.


As said by the doctor that whenever we have a headache, that's because it is due to the electron/Ion imbalance in the brain. As an alternative solution to cope with this matter, they suggested that we buy 1 or 2 cans of isotonic drink (eg.100PLUS), and mix it with drinking water according to a ratio of 1:1 or 1:2 (simply, it means one cup 100plus, one cup water.or 2 cups water).


Me and my husband have tried this on several occasions, and it seems to work well. Another method will be to submerge your feet in a basin of warm water so that it bring the blood pressure down from your throbbing head.


As Panadol is a pain killer, the more Panadol you take, the lesser would be your threshold for pain (your endurance level for pain).


We all will fall ill as we aged, for woman, we would need to go through childbirth. Imagine that we had spent our entire life popping quite a substantial amount of Panadol (Pain Killer) when you need to have a surgery or operation, you will need a much more amount of general anesthetic to numb your surgical pain than the average person who seldom or rarely takes Panadol. If you have a very high intake of Panadol throughout your life (Migraine, Menstrual cramps) it is very likely that normal general anesthetic will have no effects on you as your body is pumped full with panadol and your body is so used to pain killer that you would need a much stronger pain killer, Morphine??
By the way, try 2 find other alternative better than panadol....bcoz we boycott certain product....

Thursday, January 8, 2009

SuarA KeramaT SYUHADA'...

ASY- SYAHID SYEIKH AHMAD YASIN
ASY-SYAHID DR ABDUL AZIZ RANTISI

<: and do not reckon as dead those who were killed in ALLAH's cause, but they are alive with their Lord and are well provided for.. :>
<: janganlah kamu mengira bahawa orang- orang yang gugur di jalan ALLAh itu mati, bahkan mereka itu hidup disisi tuhannya dengan mendapat rezeki :>
( V: ali-imran : 3 : 169 )
<: and do not say of those who are killed in ALLAH's cause, they are dead, indeed they are alive but you do not perceive it :>
<: dan janganlah akmu mengatakan orang orang yang gugur di jalan ALLAh bahwa mereka mati, bahkan mereka itu hidup tetapi kamu tidak menyedarinya :>
( V : al-baqarah : 2 : 154 )
assalamualaikum...
Moga sinar petunjuk dan rahmat ALLAH sentiasa memayungi kita semua hingga ke akhirnya...
Ayuh kita renungi kalimah keramat insan mulia yang dinobat sebagai syuhada...


ASY-SYAHID...
SYEIKH AHMAD YASIN...


Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini ? Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah , tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati (lumpuh). Aku bukan seorang penceramah lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku yang perlahan ini...
Aku tidak mampu untuk kemana-mana tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku. Aku yang sudah beruban putih dan berada dipenghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan.
Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atas ku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai Arab?! kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian telah mati binasa?!
Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang di aniaya dan dizalimi kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas ?!
Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan?! Tidak malukah negara-negara umat ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan beban kami ?!
Adakah pertubuhan-pertubuhan umat ini, pasukan tenteranya, parti-partinynya, badan-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan...Ya Allah, perkuatkan saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambaMu yang beriman...
Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami ? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang (melarikan diri) dan akan mati bersama-sama kami, anak-anak kami, wanita-wanita, orang tua dan pemuda-pemuda...
Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan ! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami menyerah. Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahid !!!
Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan...
Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini...
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu...
Lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang-orang yang lemah. Dan engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami ?
Ya Allah...
Kami mengadu kepadaMu darah-darah yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak-kanak yang diyatimkan, wanita-wanita yang dijandakan, ibu-ibu yang kehilangan anak, rumah-rumah yang diruntuhkan, tanam-tanaman yang dirosakkan...
Ya Allah...
Kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai-bagainya jalan kami, terkebelakangnya kami. Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermaya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh2 kami...
ALLAHU AKBAR!!!...


ASY-SYAHID...
DR ABDUL AZIZ RANTISI...


Buat apa kita takutkan kematian, semua manusia akan mati, samada kerana dibunuh ataupun kerana sakit. Jika saya diberikan peluang untuk memilih samada ingin mati kerana sakit jantung ataupun kerana (ditembak oleh) Helikopter Apatchie, saya memilih helikopter Apatchie!”...
Ayuhlah kita bangkit...!
Benar bahawa kepenatan dan keletihan kita hanya sedikit berbanding rakan -rakan HAMAS di Palestine . Maka tunggu apa lagi .....jika OIC dilihat tidak memiliki sebarang daya kekuatan zahir dan batinnya , saya kira Gerakan Islam Sedunia yang perlu menubuhkan skuad sukarela untuk membantu umat Islam di Gaza sekaligus membebaskan al QUDS...!
ALLAHU AKBAR!!!


YA ALLAH...
SELAMATKAN SAUDARA KAMI DI PALESTIN...

ya ALLAH...
teguhkan hatiku dalam membela agamaMU...

Thursday, January 1, 2009

KAMI PEDULI PALESTIN!!!



<: and never will the jews or the christians be content with you until you follow their creed, say " surely ALLAH Guidance is the True Guidance"..and if you follow their desires after that which came to you of the knowledge you will have none to help or protect you from ALLAH :>


<: orang orang yahudi dan nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. katakanlah " Sesungguhnya petunjuk ALLAH itu adalah petunjuk yang benar". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu :>

( al-baqarah : 2 : 120 )

assalamualaikum...

Moga petunjuk Ilahi juga perjuangan Nabi menjadi inspirasi kita semua dalam menyelusuri perjalanan dan langkah bagi menggapai cita tertinggi...redha ILAHI...

Detik waktu serta hembusan nafas yang tidak pasti bila akan terhenti...hari ini???...esok???... adakah kita menginsafi...???

Entri kali ini sekadar mengajak saya juga kepada yang sudi membuka laman ini agar merenung diri juga memikirkan keadaan genting yang sarat dengan penindasan juga tekanan yang tidak tertahan lagi...

memetik sajak dari seorang teman...



MASIHKAH…


Palestin…

Masihkah mendenyuti jantung hati

Masihkah mengaliri urat nadi

Masihkah membasahi minda aqli

Masihkah menghembusi nafas lahiri

Masihkah menghempasi ombak sanubari

Masihkah menderasi tasik rohani

Masihkah menusuki rasa naluri

Masihkah menyusupi rongga jasadi

Masihkah mengobori roh jihadi

Masihkah dijiwai ummah insani?


Palestin…

Masihkah di hati…?


MUHTAR SUHAILI

Hannover, Jerman

kini di Bumi kenyalang.


Hari ini...

Tangisan si comel menahan keperitan luka, menahan sakit tatkala cebisan dagingnya terkulai, menanti dengan penuh harapan sesuap makanan, menunggu rawatan bagi mengurangi kesakitan, menangis meminta dibelas kasihan..tak siapa faham luahan si comel menanggung derita, detik hatinya bertanya, apakah yang mereka takutkan dengan bayi sekecilku ini??? namun akhirnya si comel menemui satu jalan...kematian...

Hari ini...

Si ibu menanggung bebanan, anak anak terkulai layu dihadapan mata tanpa makanan, tangisan bayi kecil kehausan, ibu sakit terseksa, menahan senak didada apabila diterajang tentera kejam, lebam matanya akibat ditumbuk dengan tangan kezaliman, suara ibu sudah tidak kedengaran, kehalusan pipi ibu bertukar menjadi terusan darah merah tatkala cuba mempertahankan anak anak...pipi ibu ditoreh berkali kali, sepasang mata ibu di cucuk besi...kali ini, wajah si ibu memberi satu isyarat...anak anakku, maafkan ibu kerna tidak dapat menyelamatkan kalian... ibu pergi buat selamanya...

Hari ini...


Si ayah gagah berani membela, bukan sekadar maruah keluarga namun demi agama ALLAH tercinta. Si ayah sedar risiko yang bakal diterima, digagahi dengan keyakinan hati pada yang ESA...Ayah memugar semangat anak terunanya agar bersama ayah dijalan yang suci ini. Kasih ayah pada isteri tercinta, sayang ayah pada anak anak warisanya yang tidak pernah layu, tanggungjawab mencari rezeki tidak pernah diabaikan, menjaga maruah keluarga tidak pernah susut dari agenda minda seorang ayah, kehormatan dan kesucian anak gadisnya akan dipertahankan keakhirnya...Si ayah dan terunanya bertarung menentang musuh ALLAH..batu menjadi bekalan dan bom menjadi ancaman...


Ayah pulang, sayu hati tidak tertahan..darah merah panas mengalir membasahi pondok lindungan, tubuh isteri bergelimpangan, tangisan anak kecil berumur 4 bulan tidak akan kedengaran lagi, kepala si comel terpisah dari badan, kesan rakus nafsu binatang memamah kehormatan anak gadisnya sekaligus menambah kepanasan hati, insan insan yang bertahta di dalam hati dilayan dan dikhianati bagai najis hina...


JAHANAM YAHUDI..!!!


...langkah gagah ayah bersama hati yang kini hancur..namun ukiran hati telah bersemadi bahawa perjuangan ini bukan hanya membela keluarga malah demi agama ALLAH tercinta...selagi aliran darah ini panas mengalir, takkan berpaling dari jalanMU ya RABBI...


Bekalan iman yang utuh mampu meleraikan luluhnya hati si ayah...tatkala mata bertentangan dengan rejim zionis, si ayah berlari lalu menghempas seluruh kudratnya...namun belum sempat apa apa, si ayah bersama anak terunanya rebah apabila berpuluh puluh peluru menembusi tubuh pejuang mulia ini. Terkulai layu menyembah bumi...


Maka lengkaplah epilog sebuah kematian...




Wahai diriku...

Wahai umat dunia yang mengaku seakidah dan seikatan dengan saudara di palestin...!


Bantulah mereka...doakanlah mereka...kasihanilah mereka...!!!

Satu persoalan...


apakah yang kita telah lakukan untuk PALESTIN ???!